Article

Sifat Tipikal Seorang Lelaki Malaya

lelakimalaya Sifat Tipikal Seorang Lelaki Malaya

Sebab ada suara suara kecil yang tidak puas hati menyatakan Sweet Thinker seorang yang benci perempuan merangkap seorang yang anti perempuan, maka terpaksa la saya buat penafian tersebut. Sweet Thinker merupakan seorang pencinta gadis (bukan pencinta wanita, wanita nak buat hapeee!), bukan makhluk gei dan semua tulisan adalah berdasarkan pengalaman hidup samada berjalan ditempat orang, berkomunikasi secara lansung, melalui lawatan mesra ke belog belog bercorak kehidupan dan pelbagai lagi. Apa yang penting, tulisan disini ADALAH sekadar suka suki je, MEMANG ada kena mengena dengan yang hidup dan yang sudah meninggal dan SEGALA penulisan disini adalah tidak merujuk terus kepada empunya badan. Siapa yang makan cili, dia lah terasa pedas. Segala komentar adalah sangat dihargai sama ada berbentuk bangkangan atau sokongan yang membolehkan kita sama sama berubah. Tak gitu? Sweet Thinker masih mencari dokte atau perempuan berkerjaya sebagai pasangan hidup dan menginginkan keluarga yang besar. Ngeee.

Berbalik kepada topik, hari ini saya akan tulis pasal lelaki dan tajuknya adalah Sifat Tipikal Seorang Lelaki Malaya. Sifat Tipikal Lelaki Malaya adalah merupakan satu sifat yang biasa dilakukan oleh lelaki lelaki malaya dalam menangani kaum perempuan atau lebih mesranya kaum awek.

Sifat tipikal lelaki yang terulung adalah “terpaksa menipu” bagi memuaskan hati kaum perempuan. Sifat sebegini tidak dapat dielak jika “bercinta sebelum berkahwin”. Bercinta sebelum kahwin merupakan satu proses pembelajaran dimana seseorang itu akan berusaha untuk menonjolkan sifat sifat perfek dimata pasangan masing masing. Kiranya, masing masing ingin menonjolkan kehebatan dan menyorok segala kelemahan. Lagi pun… bak kata kawan saya, perempuan memang suka mendengar sesuatu yang palesu. Sebab itulah lahirnya terma kasanova, romeo dan perempuan lurus bendul. Contohnya, diri tuan tuan dan puan puan la. Cuba imbas balik apa yang telah tuan tuan bermadah kat cik cik puan. Tentu tuan tuan asek bercakap tentang benda tak logik (penuh kepalesuan) dan cik cik puan pulak ske dengar sambil tersenyum mongel atas bawah kiri kanan. Tapi hakikatnya, selepas kahwin… segala yang perfek itu hanyalah palesu semata mata. Mana tak berantakan rumah tangga.

Yang kedua  terulung tentang lelaki malaya adalah sentiasa tidak cukup dengan satu. Ini di akui. Sifat tipikal sebegini terjadi bukan atas faktor keikhlasan lelaki yang “terpakse” berawek ramai seperi Extremist Thinker, tetapi terjadi adalah atas dasar faktor persekitaran dan faktor cik puan cik puan sendiri. Cuba puan puan bayangkan, pertamanya puan puan ske dengar harapan palesu yang merupakan satu advantage kepada lelaki untuk mengadu domba, keduanya cik cik puan plak tak reti membuat persembahan atau penampilan yang mantap. Bukan lelaki tulen la kalau tidak melihat yang lagi cantik walau kat sebelah adalah cantik. Lagipun p.ramlee telah memberi contoh, kalau bini satu marah… pegi la umah bini dua, kalau bini dua marah… ana kawen tiga la. Jadi nya, perempuan haruslah pro aktif dalam melengkapkan pakej diri. Kalau lemak dah bersepah, penampilan serabai, otak kurang berwawasan naye la beb. Tapi kalo lelaki berlemak, biasa la… Itu kaya dan makmur namanya. Hehe.

Yang terakhir tentang lelaki malaya adalah, lelaki malaya sudah hilang kejantanan. Tak tahulah sifat ini tipikal atau tidak, tapi yang pasti gejala maknyah, fonen, lembut dan bahlol sudah menjadi barah dalam masyarakat. Sebagai seorang yang kacak, saya juga pernah digosipkan dengan golongan ini. Yeap, saya tak kisah dengan siapa saya berkawan sebab bagi saya mereka semua manusia dan bukannya najis… Tapi dalam berkawan pun sempat saya memberi tazkirah percuma beserta pakej lengkap berupa kopiah dan tasbih termasuk juga pakej hampir belasah apabila mereka berfantasi ingin berkahwin dengan pasangan sejenis. Tapi mereka tetap tak nak berubah. Nak buat camane lagi. Tapi satu faktor utama yang menyebabkan pembiakan spesis ini adalah sifat perempuan yang menyokong mereka. Pernah tak tuan puan mendengar perkataan “baik aku berjalan dengan maknyah, lagi seppp dari berjalan dengan lelaki”. Gilak.

Adapun sifat seperti lelaki perasan hensem tue memang bukan sifat tipikal. Itu terjadi apabila lelaki sikit perempuan banyak. Jadinya, lelaki tidak berburu tapi perempuan memburu. Sebab tue walau lelaki boleh dikatakan mempunyai muka seposen tapi dengan iktizam dan iltizam kaum perempuan yang cantik berebut rebut lelaki, maka lelaki mendapat manfaat yang besar. Hehe. Hal ini jugak bersangkutan dengan sifat lelaki tak sensitif kepada kaum wanita. Tak perlu lah saya ulas lebih lanjut, nanti dikatakan membangkitkan aura kaum lelaki plak. Maka. Inilah artikel tentang lelaki. Ngee.

ps: saya angkat satu belog hari ini, nama nya Belog Perempuan Simpanan!
pss: tagline sudah ditukar. tengok atas.

Related Posts with Thumbnails

No Responses to “Sifat Tipikal Seorang Lelaki Malaya”

  1. pcuserz
    December 5, 2008 at 4:27 pm #

    “men give love for sex,
    women give sex for love”
    in end everybody happy.
    win-win situation.

    pcuserz’s telah menulis tentang…prison of speech

  2. KNizam
    December 5, 2008 at 4:52 pm #

    panjang giler
    penat aku baca. hehe :)

    KNizam’s telah menulis tentang…Leave Out All The Rest – Linkin Park

  3. rose
    December 5, 2008 at 5:54 pm #

    selamat hari raya aji!!

  4. akukopikausiapa?
    December 5, 2008 at 6:24 pm #

    setelah membaca post kau yang ini..aku membuat satu post berkenaan cara menekel gadis.haha.

  5. chuckiesd
    December 5, 2008 at 7:01 pm #

    ermm..lelaki oh lelaki..tak semua yng bersifat cam tu..cumer segelintir jer kot…

    chuckiesd’s telah menulis tentang…Leah Lynn Gabriela Fortune

  6. saffa
    December 5, 2008 at 8:49 pm #

    ST.. kamu amik Huamn Sciences kbanyakan entri ST mst pasal love and people. hee

    saffa’s telah menulis tentang…Rants, Ramblings and Random

  7. Sweet Thinker
    December 5, 2008 at 9:11 pm #

    sori la. gwe penat arinie. tp akoo nk jwb komen org atas. gwe amek biotech tp xpenah nk jd kan biotech sbg profesion. gwe prefer jd bos lg dari jd kuli dok nge lab 24jam!

  8. d7
    December 5, 2008 at 11:03 pm #

    ahahah..
    tak payah la kunjungan balas..
    aku low profile :p
    ckupla link aku ade kat arkib kamu..
    anyway, itu sume lumrah kehidupan..
    x semestinya nko berbuat baik akan di balas baik.. in fact, the reality is.. the more u become nicer the more u get sh*t.. so need to be extra careful..
    ape pun dlm bab2 cam ni aku slalu igtkan diri aku pasal karma.. what goes around comes around.. ari ni aku wat baik kat org.. org balas jahat x pe.. maybe esok2 ade org wat baik kat aku.. or maybe ade org len yg wat jahat kat dia. so sendrik mau igt.. ohohoo

  9. mee
    December 9, 2008 at 2:08 pm #

    INILAH KELEMAHAN PASANGAN YG B’CINTA SBLM B’KAHWIN NIE…SEBAB TUE LA PLG TINGGI DLM STATISTIC P’CERAIAN!!!KELEMAHAN D SOROKKAN BKN D PERBAIKI!!!PERCINTAAN KONON2 PERLUKAN KEJUJURAN SO KENAPA STIL NAK SOROK2!POMPUAN PUN MANUSIA N BERAKAL,RASANYE RAMAI JE YG SANGGUP MENDENGAR KENYATAAN YG PAHIT DRPD SEBUAH PENIPUAN ATAU “KEPALESUAN”!!!SWEET LIES N “KEPALESUAN” NIE SEBENARNYE PEMIKIRAN TAKSUB LELAKI SEPERTI ST(ANDA MARAH?SILA SMS ON TENANG)HAHAHA…MEREKA ANDAIKAN YG POMPUAN SUKAKANNYE TP HAKIKATNYA ITU LAH SIFAT TIPIKAL LELAKI,BUKTINYE…EVEN GAY,DIA ORG TETAP B’MULUT MANIS DGN PASANGAN GAY MEREKA W/P IA SEORANG LELAKI!!!
    WAH!!!JADINYA ST NIE KAYA N MAKMUR LA YE?KUIKUIKUI…U NIE BETUL2 BIAS DGN KAUM AI LA!AI PUN POMPUAN TULEN N BUKTINYA XLAMA LG NAK KAWIN DAH!HEHEHE…TP AI PUN XPERNAH SUPPORT GENG2 SONGSANG NIE!PERNAH TEGUR N D TEGUR BLK TP XPERNAH LA BG TASBIH N KOPIAH CUME PERNAH SURUH P SEMBAHYANG JUMAAT EVEN BAKAL SUAMI AI PUN X AKAN PERNAH SEMBAHYANG JUMAAT…DIA ORG NIE LBH SUKAR DRPD MENYELAMATKAN LESBIAN!…

  10. ChekguBH
    December 10, 2008 at 7:45 pm #

    bahan bacaan ringan utk wanita…
    kalau dorg abaikan entry ni, mmg rugi..

    ChekguBH’s telah menulis tentang…Yang mana satu???

  11. fazadilla
    December 15, 2008 at 6:00 pm #

    kalau camtu la ceritanya..haihh…x kahwin laa nampaknyaaaaa :(

    fazadilla’s telah menulis tentang…raya korban

  12. cynicalmd
    December 16, 2008 at 8:11 pm #

    hmm pelik tetapi benar.

  13. titan
    December 17, 2008 at 3:28 pm #

    100% tepat. mereka suka dengar apa yang mereka nak dengar. ada ke tak comel, pakse kita kata dia comel. aku memang tak faham betul diorang nih..

    titan’s telah menulis tentang…Komisen dari Shuth dan Triond

  14. Mr Am
    January 11, 2009 at 9:18 pm #

    Hebat mmg HEBAT.. Tapi kadang2 akan jadi “HEBAT”

    Mr Am’s telah menulis tentang…Happy new year..

Trackbacks/Pingbacks

  1. Mindaku Di Sini » Antara dua blog… - December 5, 2008

    [...] mereka subscribe RSS aku dalam RSS reader diorang. Dah la…daripada orang ingat aku Extremist/Sweet Thinker, baik aku mengundur diri dulu. Katil dah memanggil aku [...]

  2. Sifat Tipikal Seorang Lelaki Malaya | Fairy Tail Manga - December 6, 2008

    [...] Sebab ada suara suara kecil yang tidak puas hati menyatakan Sweet Thinker seorang yang benci perempuan merangkap seorang yang anti perempuan, maka terpaksa la saya buat penafian tersebut. Sweet Thinker merupakan seorang pencinta gadis (bukan pencinta wanita, wanita nak buat hapeee!), bukan makhluk gei dan semua tulisan adalah berdasarkan pengalaman hidup samada berjalan ditempat orang, berkomunikasi secara lansung, melalui lawatan mesra ke belog belog bercorak kehidupan dan pelbagai lagi. Apa View original post here: Sifat Tipikal Seorang Lelaki Malaya [...]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled