Apa Yang Menarik Di Kelantan

Sudah bersedia untuk menonton filem “Budak Kelantan” atau nama lainnya “Koya Best”? Pergilah menonton jika anda mahu kelainan, jika anda mahu sesuatu yang baru dan jika anda mahu mengenali lebih dekat orang kelantan.. walaupun filem tersebut bersifat agak berani dan keras. Filem tersebut punya subtitle. Jangan risau. Omputeh lagi. Tidak mahu pergi jugak? Nape xnak? Takut jatuh hati kepada jejaka jejaka kacak kelantan? Woahhh! Itu satu pengiktirafan daripada babe babe semua. Saya amat bangga. Hehehe. Tapi orang cakap, kalo orang xnk takleh paksa… Semacam kahwin. Paksa paksa hanya akan meruntuh institusi kerumahtanggaan. Maka, mahu tak mahu… bagi memberi sedikit gambaran… jom saya hurai sedikit apa yang menarik di kelantan. Jangan marah noe, sekadar berseloka di dalam gelob pemikiran rama rama saya jea.
Read the rest of this entry »
Kenape Ekkk Malaysia Kalah

Lagi lagi team bola sepak Malaysia kalah. Nape ekkk? Nak kata pemain bola sepak Malaysia tak stylo, rata ratanya stylo abes. Jersi memang fit gila ala ala pasukan Italy. Rambut player plak memang kewl giler dari ala ala mohawk hingga lah ala ala mohawi (mawi). Tubuh sorang sorang tegap dan kental mengalahkan atlet bina badan. Aksesori bola dari tapak kaki hingga tapak tangan semua branded, tak macam pasukan Khazastan… beli semua kelengkapan perang dua hari sebelum turun lawan England. WAGS sorang sorang pun kencang. Pehhh. Seronok taw jadi pemain bola sepak Malaysia. Saya amek contoh kelab EPL. Kalau manchester united kalah tue saya taw la sebab berbatov berat bontot nak lari. Kalau liverpool kalah dah taw la sebab banitez ske ske hati tukar formasi saban minggu. Kalau chelsea kalah tue memang la sebab permainan paling bosan abad nie. Kenape ekkk Malaysia kalah? Sama sama kita fikirkan. Flash kat dalam.
Kenapa Saya Hendak Jadi Superhero
Kecik kecik saya selalu tengok cite katun. Macam macam katun. Yang best nyer berangan jadi superhero. Salah satu cite yang best adalah cite katun ninja turtle. Tapi memandang otak dah letih dengan kenangan lampau, agak tak ingat berapa ekor sekawan team dia. Lima kot. Setiap ninja ada kelebihan masing masing. Kira kalau fight memang lawan rebah la. Sebab itu saya hendak jadi ninja. Tapi saya hendak jadi ninja versi modern. Best wooo ninja versi modern. Tak dapat dokte pun xpe camneh.
Read the rest of this entry »
Kisah Potrait
Ketika kecil… parents saya cakap… rambut saya merah… muka putih… pipi pink… macam anak mat salleh… tapi ketika kecil… saya seorang pelarian. Bukan refugee. Itu ada akta dalam pertubuhan bangsa bangsa bersatu. Maksud saya, saya tidak gemar di ambil gambar. Di ambil gambar di studio xpe. Saya suka sebab kalau kat MEDO ada kerusi kasut bersaiz besar. Suka je dok ambil gambar atas tue. Tapi kalau uncle datang umah dan gatal tangan hendak amek gambar… saya akan terus melarikan diri. Lari kemana ntah. Pastu uncle siap ugut… kalau xnk amek gambar… dia nak sangkut saya kat dinding biar jadi potrait. Ahhh. Kenangan menggamit jiwa… Indah nya hidup di zaman 80an. Sayalah generasi x. Saya mungkin seorang mutant bersifat wolverine di zaman modern.
Saya Teringat Kisah Zaman Kecil
Satu tempat terpencil di kampung, lahirlah seorang netizen yang malap malap cahaya di hujung lorong. Tika orang lain masih hanya melayan tele-v dan juga surat khabar, Sweet Thinker punya kehidupan lain. Punya kehidupan untuk melihat dunia luar… Internet? Sesuatu yang agak janggal untuk diperkatakan. Tapi yang janggal itu akan menjadi satu trend yang mahu tidak mahu harus diterima. Internet merupakan satu medium yang mana sedikit kisah kehidupan akhirat dipertontonkan kepada umat manusia akhir zaman. Manusia yang alpa dan jahil akan mempersoalkan macam mana hendak dihitung dosa dan pahala di akhirat.
Tapi mereka lupa kepada rukun iman… Yang membuktikan kekuasaan esa. Tapi bersyukur jugak, sebab tanpa persoalan tanpa jawapan. Internet contoh mudah untuk membuktikan macam mana nanti manusia di hisab. Contohnya, pahala dan dosa. Ibarat penggunaan enjin carian… satu klik je boleh membariskan jutaan carian. Hendak banyak pahala… cari lah kebaikan… hendak banyak dosa… buatlah kejahatan. Mudah. Saya? Saya akui saya seorang yang rebel pada tahun 90an tapi secara senyap.
Teringat pada waktu Jiwang Abdul Karatz masih berkerja keras menghasilkan mangkuk script untuk irc, saya pulak sibuk melakukan kerja underground. Teringat peperiksaan yang semakin dekat, saya makin teringat tentang keajaiban linux yang diajar Joelabu ~ Semi Aristocrat Modernize Underground Networkerz (SAMUN) yang membuat beberapa server berasap. Teringat budak budak lain masih melayan muzik muzik di tv3, saya pula sedang mencetak lirik band band oversea untuk diberikan kepada kawan kawan yang suka layan gig. Teringat… bersambung!
