Article

Berdansa Bersama Sweet Thinker

[Perhatian: Komen dari jam 11am-5pm telah hilang. Harap Maaf]

takbersalah Berdansa Bersama Sweet ThinkerMaka atas permintaan peminat yang cakap sila selang seli artikel artis dengan peribadi, kali ini mari lah saya berpenglipur lara tentang pendekar melayu kecik. Nama nye adalah pendekar innocent sebelum dikurniakan darjah kebesaran oleh engku rama rama ciptaan sendiri yang kemudiannya  membawa gelaran sweet thinker. Beliau berasal dari kampung yang dipenuhi pokok pokok getah dan banyak nyamuk. Suasana kampung adalah sangat nyaman jika dibandingkan dengan bandar yang penuh karbon monoksida. Bagi tidak membuang masa para peminat semua, beliau itu adalah saya. Hahah. Bosan la wei hendak berpanglipur lara neh. Meh saya tulis santai santai je. Jom layaaaaaaaaaan.

Oit tuan puan. Itu gambar gwe masa kecik. Masa kecik gwe sangat rebel ngan camera. Benda pertama yang gwe belajar tentang kehidupan adalah kamera sesuatu yang harus dielakkan. Pantang tengok camera mesti buat muka hodoh. Hahahah. Sampai uncle gwe terpaksa kejar dari ruang tamu pergi dapur sebab nak amek gambar. Last last tertangkap gak la sebab gwe kecik, beliau besar… Lagipun larian beliau kencang macam kuda ferrari. Dan dan masa itu jugak gwe nanges bila kena amek gambar. Keh keh keh. Lawak ar. Memang gwe xske diambil gambar. Uncle sound, lenkali lari lagi… beliau hendak gantung gwe kat dinding macam jam dinding. Maka saya merelakan muka yang cute diambil gambar dalam paksaan.

Dah ar masa kecik. Masa besar plak. Masa besar… ntah. Cam malas gak. Malas tak nak amek gambar. Haha. Kalo ade  ”bekwoh” mesti mau capub muka cute yang dah bertukar menjadi kacak. Wakakka. Oke dah. Tue jekkk! Taknak citer pasal gambar daaa. Jeng jeng jeng. Penceritaan ketika umur meningkat remaja dan menghala dewasa. Hendak menjawab artikel kesian mamat nie dari gadis penggoda dan juga pertanyaan seorang kawan dari ym akibat meletakkan ayat “siapa yang hendak kawen dengan gwe” semalam.

Ceritanya macam neh. Kenapa saya mengidamkan seorang dokte? Oke eh, meh saya cerita. Sebagaimana yang saya ceritakan dahulu kisah manusia yang mengidamkan kereta. Kereta yang di idam selalunya hanya tinggal idaman. Yang dapat hanyalah kete kaput je. Bagaimana dengan dokte. Dokte plak camnie bagi saya. Saya hanya meletakkan dokte sebagai satu penanda aras. Kiranya dalam hidup ini, mesti ada tujuan dan cita cita. Orang yang takde tujuan adalah umpama beruang yang ske tdo (macam terkena diri sndiri plak!). Jadi bila saya bercakap saya hendak seorang dokte, tentulah saya juga mempunyai cita cita.

Bercita cita camne ek? cita cita yang memungkinkan saya mendapat dokte la. Bagaimana hendak dapat. Haruslah berusaha keras (walau skang agak lembap cam siput). Tapi yang penting saya memotivasikan diri kearah itu la. Jodoh? saya tak kisah la wei nak kawen dengan sape, umo brape, kije ape, anak sape etc. Janji si dia harus respek bila mana harus diikatkan diri ini. Takkan la saya kerja toreh getah hendak diajak berkahwin. Itu sudah menyeksa diri saya yang membelanjakan 70c sehari untuk nasik, tapi bila da kawen saya kena makan nasik rege 35c je. Xnk gwe. Perut saya perlukan nasik pada kadar yang sepatutnya. Haha. Itu hanyalah perumpamaan. Saya bukan penoreh getah, tapi saya suka toreh dada artis dan bontot perempuan kat belog je. Dan saya bukan makan nasik 70c tapi sekadar hendak lari dari topik klise, “kahwin itu murah rezeki”. Ye saya tahu ade yang murah rezeki, tapi ramai yang papa kedana lagi jatuh miskin bila kahwin. Pastu mula la stat pot sane pet sini, pet sini pot sana, penat potpet melalukan pembiakan. Adeh!

Menjawab persoalan gadis penggoda yang kesian saya tak dapat dokte, saya rasa dalam hidup ini pernah dua kali saya ber ehemmm dengan bakal dokte. “Bakal dokte”, bukan dokte lagi taw. Dua dua dak medic oversi dan mereka memang tidak terbanding oleh saya dari segi duniawi mahupun ukhrawi. Sangat perfek, Umpama mereka lah langit dan sayalah pelangi. Hahahah!. Sape nak tips. Tips nie mudah je. Cane ar nak cite. Budak budak oversea nie kan…. pencarian jodoh dia orang amat terbatas. Terutama bagi kaum perempuan. Satu sebabnya adalah lelaki melayu skit… sebab tue tuan puan boleh lihat… ramai perempuan melayu kawen mat salleh. Tapi bila sampai berita kat tanah malaya, mereka di cop perempuan tak sedar diri. Huuu. Sila paham situasi mereka. Dua, bila dah sikit… jejaka kacak akan sold out la. Kiranya, perempuan perempuan oversea akan berlumba siapa cepat dia dapat. Maka tinggal la ramai lagi kaum hawa malaya di bumi perantaun yang menagih kasih. Maka disini adalah peluang bagi tuan tuan yang gatal nak kawen atau nak menyemai kaseh. Muka cam tembok pecah dan kapal karam xpe. Janji hati baik. Ingat. Hati mesti baik. Jangan main mainkan perasaan perempuan!!!

Berkaitan dengan pertanyaan mmbr di ym tentang “siapa yang hendak kawen dengan gwe”. Seperti jawapan diatas, dan juga jawapan dalam AAC. Saya percayakan jodoh saya adalah dengan perempuan. Ahhhah! Taaa. Tak nak hurai lebih lebih. Tapi yang saya pasti, kenapa dokte. Dokte adalah insan yang sabar tapi tidak punya banyak masa. Maka kurang la satu benda yang saya tak suka dengar, pot pet pet pot dan satu lagi keluarga adalah dibawah kawalan ketat. Kekkekekeke. Sengal punye sebab musababkan. Lantak arrr. Janji saya tahu mengukur baju di badan sendiri. Mudahnya, kalau saya bersedia jadi imam, saya akan cari makmum. Dan kamu perempuan Malaya, harus juga bersedia menjadi makmum disamping mempunyai pengalaman memasak pelbagai jenis masakan seluruh dunia untuk tempoh minimum 5 tahun dan elakkan dari menghidangkan saya lasagna, pasta dan makaroni kerana saya tidak minat semua itu. Hahah. Chow.

ps: i love u doc. muakz.

Related Posts with Thumbnails

No Responses to “Berdansa Bersama Sweet Thinker”

  1. spatt
    November 12, 2008 at 12:13 am #

    anda pelangi?hahahaha :D

  2. Sweet Thinker
    November 12, 2008 at 12:15 am #

    lupa nk bgtaw. contoh mudah lg adalah orang islam mesti punya cita cita mahu syurga. jadi umat islam adalah terbaek!

  3. Sweet Thinker
    November 12, 2008 at 12:16 am #

    lar dah ade org tinggal komen rupanye. ye. sy cik pelangi. bermacam macam kaler bermacam2 pay-el. cane nk eja pay-ayl eh. peel. piil. huh. susah!

  4. !x0r@
    November 12, 2008 at 12:20 am #

    mak aih, 7 perenggan! esok je la baca.. hahaha

    oh,ya tu gmbr sebenar ST ke?

  5. Sweet Thinker
    November 12, 2008 at 12:21 am #

    sy dak biotech. sy leh buat 100 perenggan lagi skaligus. tp mls. tak pernah dpt 100%. asyik tiris je. dpt nyawa2 ikan. gua rebel bio + lab skang. slmt tinggal. kekkeke. ye kot gmbr ST. mcm ku tak terangkan je kat atas. adehhh!

  6. zariel
    November 12, 2008 at 12:24 am #

    panjang smpai aku terpaksa skip 2-3 perenggan… huhu… aku pn nk baca esoklah ;)

  7. !x0r@
    November 12, 2008 at 12:25 am #

    dah terbaca tanpa sedar.. ngaaa..

    “bekwoh” tu apa? kawah saya tau la. hehehe

  8. Sweet Thinker
    November 12, 2008 at 12:29 am #

    bekwoh tue kenduri. huuu. kenduri kawen ke, kenduri akikah ke. asal nyer dari perkataan omputeh. lupa dah. nnti google!

    ps: da dapat. bekwoh tue “big work

  9. !x0r@
    November 12, 2008 at 12:37 am #

    ooo.. kenduri

    perkataan baru sy blaja arini :D

  10. Sweet Thinker
    November 12, 2008 at 12:38 am #

    yea. dr perkataan inggeris tue ye cik ixora. name kamu pun inggeris. terbelit pakcik nak sebutnye!

  11. |1f34|-|1r3
    November 12, 2008 at 12:47 am #

    hadoi..sikit punya pjg dia punya cerita..tp aku agak bersetuju pasal jodoh pompuan oversi agak terhad..tp aku pelik kenapa…adakah diorang benar2 desperate nak kawin sangat..xleh ke pegi blaja dulu, balik malaysia baru pikir kawin ?

  12. Sweet Thinker
    November 12, 2008 at 12:53 am #

    xleh la bro. graduan overc d pandang tinggi oleh masyarakat. bila camtue, lelaki akan takot nk masuk line. mereka akan rasa x secure. sbb tue nk kawen awal. mari membongkar kisah mereka. yehhhh! (tp ko jaga callister ye, jgn cari len. kesian budak2 single)

  13. mistaken identity
    November 12, 2008 at 12:53 am #

    budok mana tuh ? macam busuk yah .. hee hee :p marah awek2 dia ..esok2 sy baca artikel ni.. ngantuk maa

  14. aisyahkama
    November 12, 2008 at 12:56 am #

    Jangan main mainkan perasaan perempuan!!! << agreed! ada jugak nasihat utk warga lelaki yg tuttt! haha… excuse me, beta bukan penggoda. beta RATU! hahahahaha

  15. engku yan
    November 12, 2008 at 1:03 am #

    jom kahwin!
    ahaks ahaks

  16. Sweet Thinker
    November 12, 2008 at 1:08 am #

    jom jom. tp BETA belum bersedia mengimamkan kamo semua. heheh!

  17. Adry
    November 12, 2008 at 1:13 am #

    kahwin nanti jangan lupa jemput… hehehe

  18. Sweet Thinker
    November 12, 2008 at 1:28 am #

    boleh je bah kalau kau. hehe.

  19. hashim habeed
    November 12, 2008 at 1:32 am #

    Perhatian untuk awek awek semalaya…
    Setelah dikaji selidek untuk menjaga Pendekar Inocent ni amat mudah dan tak cerewet sekali.
    So cepat cepat hantar application kepada Pendekar Inocent tu….

  20. Sweet Thinker
    November 12, 2008 at 1:40 am #

    tue la. budak itu sgt kecil lg. dan xbyk kerenah. beruntung PA&MA dia. hehehe!

  21. witty angel
    November 12, 2008 at 1:45 am #

    Budak budak oversea nie kan…. pencarian jodoh dia orang amat terbatas. Terutama bagi kaum perempuan. Satu sebabnya adalah lelaki melayu skit… sebab tue tuan puan boleh lihat… ramai perempuan melayu kawen mat salleh>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>HAHAHAHA DIAMMM AHH!!tapi memang TERBATAS PON!!!hahaha…AND SUSAHHHHH NAKKK CARII PON!!!!AND TAK BESTT PONNN sebab dh kenalll sume perangai masing2..hahahaha…

  22. Sweet Thinker
    November 12, 2008 at 1:57 am #

    terase ke. i ade utk u. ahhhah! cpt balik kg. bg hantaran kat i satu dulang berlian. satu dulang hati nyamuk. dan satu dulang hati gajah!

  23. Mr Am
    November 12, 2008 at 2:38 am #

    Hebat entry ko ni.. sangat hebat..

    Aku doakan kau akan ketemu jodoh yang betul-betul sesuai dan sepadan dengan ko..

    Emm.. bekwoh tu asal dari “big work”

    ps : wa pon mmg mengidam dokte.. tp awek gwa engineer.. no hal.. kalau tu dah jodoh.. haha..

  24. shayda
    November 12, 2008 at 1:46 pm #

    pilihan limited.yeahh bukan kat oberc jer kat mesia pon limited. so takyah heran kenapa ramai lagik yg dok menten single.tak sabar2 nak berjemaah??? pakai telekong siap2. asal nmpak jer muslimin lalu teros tepok belakang soh jadi imam.hahaha ;P

  25. enn_ayu
    November 12, 2008 at 2:55 pm #

    ”boleh je bah kalau kau”????hoho..konfius

  26. en_me
    November 12, 2008 at 3:30 pm #

    ammvoiii, abang nak kawen ghupernyerrr..

  27. buzzybug
    November 12, 2008 at 3:54 pm #

    laaa… ingatkan dah x tulis blog lagi dah…

    lasagna, pasta & makaroni bukan makanan dari seluruh dunia ke?

  28. bioqzs
    November 12, 2008 at 6:48 pm #

    cite pasal jodoh ker…haha…macam ada target da jer…

  29. Azah
    November 12, 2008 at 7:57 pm #

    muka innocent bajet comeyl…hihihi…

  30. Sweet Thinker
    November 12, 2008 at 7:58 pm #

    lallalalalla!

  31. atreyu strange
    November 12, 2008 at 7:59 pm #

    eiyo~ patot la tnya bila mau kawen! ader post ni rupanyer. cisdel btol~

  32. ezad
    November 12, 2008 at 7:59 pm #

    Lepas ni ko kena letak zaman remaja plak baru nmpak perubahan..hehe, kkdang jodoh tu dah dh dkat ngan ko kat ym ke kat shoutbox ke..hehe, ko jer xprasan entah2 bukan dokte yg penting keserasian ko kan..huhu

  33. abdusfauzi
    November 12, 2008 at 8:03 pm #

    semua orang dah kene demam – Ini Sejarah Saya. Ek? hahaha.. Aisyahkama ni.. nak kene cubit ni.. [^^]

  34. izzat
    November 12, 2008 at 8:14 pm #

    ayat sastera yang puitis…pergh. ak baca ngan penuh minat…*batuk2*

  35. kisye
    November 12, 2008 at 9:04 pm #

    allaaaaaaaaaaaala…comey…..

  36. sultan
    November 12, 2008 at 9:05 pm #

    ko bole timbangkan pindah kat2 area hospital. ari2 bole teropong dokte. haha…

  37. Eriyza
    November 12, 2008 at 9:06 pm #

    Cutenya dia.
    Hehehe!!!

  38. Kujie
    November 12, 2008 at 10:09 pm #

    off topik

    kak jie guna http://blog.2i2j.com/plugins/wordpress-thread-comment

  39. Sweet Thinker
    November 12, 2008 at 10:10 pm #

    sori semer… kepada komentar yg udah kehilang komen… sabor ye!

  40. Kujie
    November 12, 2008 at 10:11 pm #

    ngape komen hilang?

    Kujie’s telah menulis tentang…Kuala Lumpur – Jakarta – Bandung

  41. Sweet Thinker
    November 12, 2008 at 10:14 pm #

    pindah server. guna db sblm kul 11 td kot! adat berbelog kakjie. hehe!

  42. the12
    November 12, 2008 at 11:28 pm #

    en ST, jemput la dtg kat tempat aku praktikal.. ramai dokte, leh ler kita mengetest… tunjuk ajar ku sifoo. hehe

  43. d7
    November 13, 2008 at 5:40 pm #

    entry yg mmg x leh blah =p
    apepun, aku doakan kamu berjpe la cik doktor ibarat langit itu ye!!

    d7’s telah menulis tentang…tHe LovEbuG & GraVity..

  44. mist
    December 2, 2008 at 3:26 pm #

    “graduan overc d pandang tinggi oleh masyarakat. bila camtue, lelaki akan takot nk masuk line. mereka akan rasa x secure. sbb tue nk kawen awal.” -ST

    plus

    kat sane byk bende kene difilterkan
    terutama mata dan hati..
    jalan terbaek –kawen. elak fitnah, zina pancaindera.
    kawen awal, assignmnt pn ade org tlg. tak ke best?

  45. hePi2beMe
    August 19, 2009 at 12:41 am #

    hahaha..
    ak suka sgggoh cra ko tlis…
    sempoi+relax…
    tpi gya cm nk promote dri pon da gak…
    hahaha…
    tpi ak suka…
    hahahaha…
    ak pon nk mint doc gak la…
    time praktkl kt spital dulu xsempat nk usha…hahahaha
    hahaha

Leave a Reply

CommentLuv Enabled